Selepas 4 Mei tanggungjawab berpindah kepada diri sendiri

Tanggungjawab adalah suatu yang berpindah turun dan naik, ditentukan oleh banyak faktor. Ini adalah kaedah Islam dalam menjaga kestabilan dan keselamatan dalam masyarakat.

Lubang besar di jalan hadapan rumah seseorang yang boleh membawa kemalangan, menjadi kewajipann tuan rumah untuk mengambusnya supaya orang ramai selamat. Jika dia tidak mampu, tanggungjawab naik ke bahu kejiranan dan terus sampai ke bahu pemerintah jika masih tidak selesai. Di situlah rahsia kenapa Umar ra meletakkan tanggungjawab atas dirinya sendiri jika ada lubang di Baghdad mencederakan binatang.

Menjaga keamanan dan kestabilan negara adalah tanggungjawab pemerintah. Tetapi ketika pemerintah tidak mampu samada disebabkan kemampuan atau lari dari tanggungjawab, tanggungjawab menjaga keamanan akan berpindah turun ke bahu agensi kecil, pertubuhan dan akhirnya ke bahu individu jika masih tidak selesai. Di situlah rahsia kenapa Imam Juwaini mewajibkan ke atas Nizamul Mulk kewajipan seorang khalifah di zaman Khalifah lemah walaupun dia hanya seorang pegawai.

Bacalah apa yang saya tulis dan renungkan hingga faham. Fahamilah kaedah ini dalam menguruskan keselamatan diri di fasa PKPB bermula 4 Mei ini kerana ia berkait dengan tanggungjawab.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Timbalan Presiden Isma

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat