Serangan Ke Atas Venezuela: AS Polis Dunia Atau Pengganas?

Penglibatan AS dalam siri peperangan memerangani negara asing bukan sekali dua atau sesebuah negara sahaja. Secara jelas siri pembunuhan pemimpin negara asing  sudah bermula pada tahun  1953 lagi  dengan pembunuhan Perdana Menteri Iran. 

Bahkan, dalam perang juga AS terlibat secara  langsung atau melalui proksi kumpulan tertentu dalam sesebuah negara. Contohnya, Hirosyima dan Nagasaki jelas kesan kejahatan AS terhadap manusia sejagat. Sudah jutaan manusia seluruh dunia menjadi mangsa keganasan AS. Seramai 10 orang pemimpin dunia  telah dibunuh oleh AS dengan pelbagai  tuduhan palsu dan melibatkan beberapa orang presiden negara asing.

Trump hanya pewaris saka dari kepimpinan dahulu. Oleh itu, ada satu  tujuan pemimpin negara asing dibunuh, kerana tidak menjaga kepentingan AS dalam politik  dan ekonomi. Mereka tidak menjaga hegemoni AS dalam kuasa politik dan ekonomi. Bahasa mudah, mana- mana negara atau pemimpin negara  menentang dasar AS dalam politik dan ekonomi maka pemimpin negara tersebut akan dibunuh dan negara akan diperangi.

Misalnya, beberapa orang pemimpin Arab dibunuh seperti Saddam dan Gadafi kerana menentang penggunaan dolar US dalam  perdagangan mereka termasuk Presiden Venezuela.

Dalam siri peperangan yang terkini pula, AS terlibat dalam peperangan di Gaza, Sudan , Nigeria, Yaman dan banyak lagi. Persoalannya, adakah kehadiran AS membawa kebaikan atau keburukan?

Hakikatnya, apabila sebut AS bermakna Yahudi adalah rakan utama kerana kemenangan calon Presiden AS mesti mendapat sokongan sepenuhnya dari Yahudi.

Inilah hakikat wajah AS, kehadiran AS bermakna membawa bala dan bencana untuk rakyat dan negara tersebut. AS pengganas dunia bukan polis dunia.

Selain itu, tidak salah mengatakan serangan AS terhadap Venezuela adalah untuk menutup aib AS di Gaza. Kekalahan AS  bersama Israel di Gaza telah banyak menjatuhkan maruah mereka kerana penggunaan senjata yang tercanggih tetapi tidak dapat  mengalahkan HAMAS di Gaza. 

Dengan ‘kejayaan’ di Venezuela boleh memulihkan maruah tentera AS dan Trump yang pernah terkubur di Indocina dan Afghanistan. Seorang pemimpin AS terkini mendakwa kejayaan di Venezuela telah menutup aib kami di Afghanistan dan Indocina. Rupanya kekalahan AS di Indocina dan Afghanistan masih menjadi bayang yang menakutkan AS. Sebaliknya di Gaza, AS telah tersungkur tetapi masih sempat bertongkat kerana Trump sempat buka jalan perdamaian sebelum terkubur sebagaimana di Afghanistan dan Indocina.

Ustaz Sharipudin Ab Kadir
Perunding Kanan Politik dan Perundangan ISMA

Scroll to Top