Serangan pengecut yang menjadikan pimpinan Hamas di Qatar sebagai sasaran adalah isyarat jelas bahawa musuh tidak membataskan padang pertempuran di bumi Gaza sahaja.
Ini adalah satu perkembangan baharu yang mengubah format peperangan dan merupakan petanda bahawa segala cakap-cakap tentang rundingan dan perdamaian oleh musuh dan sekutunya adalah helah dan tipu daya.
Ia adalah serangan terancang terhadap seluruh umat Islam bagi menghancurkan setiap peluang untuk kita bangkit sebagai satu kekuatan.
Dalam bahasa lain; Netanyahu sedang berkata kepada semua penduduk dunia termasuk pemimpin-pemimpin negara: Kami akan bunuh kamu di mana sahaja kamu tinggal. Tiada tempat yang selamat!!! Jangan lawan kami, kami tidak akan apa-apakan kamu.
Musuh mahu memastikan kita kekal lemah dan bercerai-berai supaya mereka dapat menundukkan kita selama-lamanya. Andai kita terus berpecah, maka mudahlah untuk kita dipatahkan. Namun jika kita teguh bersatu padu sebagai sebuah ummah, kekuatan kita akan menjadi benteng yang sukar untuk di tembus.
Inilah waktunya untuk kita menajamkan kefahaman dan kesedaran tentang hakikat peperangan. Sekarang adalah masanya untuk memperkukuh persaudaraan dan memahami bahawa umat ini ibarat satu tubuh yang saling menguatkan antara satu sama lain.
Ustaz Shuhaib ar-Rumy bin Selamat
Presiden ISMA