Setahun Perang Taufan al-Aqsa: Apa Yang Dunia Belajar Daripadanya?

Peristiwa bersejarah ini merupakan simbol ketinggian kehendak rakyat Palestin untuk memiliki sebuah negara yang merdeka dan berdaulat yang begitu mahal harganya, yang dibayar dengan nyawa dan pengorbanan.

Ini juga melondehkan topeng yang dipakai selama ini oleh masyarakat antarabangsa dan membuktikan bahawa seruan barat berkaitan hak asasi manusia, kebebasan, keadilan sejagat hanyalah satu pembohongan dan penipuan. Ribuan nyawa kanak-kanak dan orang awam rakyat Palestin yang dibunuh oleh rejim haram Zionis dibiarkan begitu sahaja tanpa apa-apa tindakan dan hukuman. Bahkan saban hari demi hari mereka meneruskan kekejaman itu kerana tiada siapa yang boleh menghentikan mereka.

Umat Islam terhutang budi dan mesti berterima kasih kepada para pejuang Palestin kerana dengannya ini menghidupkan kembali kepercayaan ummah untuk bangkit dan memperjuangkan cita-cita untuk membebaskan diri dan negara daripada segala bentuk penjajahan oleh mana-mana kuasa asing. Hidup mulia atau jiwa terkorban dalam sebuah perjuangan mempertahankan tanah air yang tercinta.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA
7 Oktober 2024

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat