Shazrin Hafeez Wajar Diangkat Ikon Perpaduan

Isma sebagai sebuah NGO yang sentiasa membawa mesej kesatuan dan perpaduan juga mengikuti rapat berhubung seorang kakitangan Majlis Bandaraya Johor Bahru, Saudara Shazrin Hafeez yang menarik perhatian umum selepas videonya membantu menangkap peragut seorang wanita berbangsa cina di Taman Mount Austin tempoh hari.

Tindakan pantas beliau mendapat pujian netizen di alam maya dan tidak kurang juga yang mendedahkan perniagaan sampingan beliau sebagai penjual burger hinggakan ramai yang ingin menemui beliau.

Saya kira ini adalah kisah yang sepatutnya diangkat oleh masyarakat yang sebenarnya menginginkan suasana perpaduan yang harmoni di kalangan kaum di Malaysia khususnya di Johor.

Ini terbukti apabila beliau mendapat penghargaan khas daripada Menteri Besar Johor, YAB Datuk Ir Hj Hasni Mohammad dalam majlis bersama warga MBJB semalam.

Saya berpandangan Saudara Shazrin Hafeez ini wajar diangkat sebagai ikon perpaduan kerana tindakan yang dibuat oleh beliau. Secara tidak langsung beliau dapat menarik masyarakat berlainan bangsa untuk menyebarkan mesej-mesej perpaduan di kalangan masyarakat kita.

Masyarakat sebenarnya lebih suka melihat suasana harmoni antara kaum di negara kita berbanding peristiwa yang kadang-kadang agak mengganggu mesej perpaduan ini.

Bertepatan dengan sambutan hari Malaysia pada 16 September ini, kisah-kisah sebegini harus diangkat dan disebarkan supaya keamanan yang keharmonian kaum di negara kita terus dapat diperbaiki dan dipelihara.

Mohd Khairul bin Ahmad Nordin
Setiausaha ISMA Cawangan Johor Bahru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat