“Sesungguhnya jika engkau tidak bersama mereka, maka engkau tidak akan bersama yang lain… Sementara jika mereka tidak bersamamu, mereka tetap wujud bersama yang lain..”
-Imam Hasan al-Banna-
Aku kadang-kadang tertanya, apakah hidup aku tanpa tarbiyah akan jadi lebih baik?
Jika bersama dengan tarbiyah sahaja aku masih lagi kadang-kadang melakukan dosa..
Jika bersama dengan tarbiyah sahaja aku masih lagi kadang-kadang malas nak berubah..
Jika bersama dengan tarbiyah sahaja aku masih lagi kadang-kadang tidak ikhlas dalam beramal…
Jika bersama dengan tarbiyah sahaja aku masih lagi kadang-kadang lalai dengan perasaan..
Jika bersama dengan tarbiyah sahaja aku masih lagi kadang-kadang tidak minat dan tidak bersemangat untuk berdakwah..
Jika bersama dengan tarbiyah sahaja aku masih lagi kadang-kadang gagal ketika diuji Allah…
Jadi? Apakah jaminan tanpa tarbiyah aku akan jadi lebih hebat?
Adakah aku akan terus tidak melakukan dosa? aku terus rajin untuk berubah? aku semakin ikhlas dalam beramal? tidak lalai dengan perasaan? semakin minat dan bersemangat untuk berdakwah? berjaya untuk setiap ujian Allah?
Heh..
Jika masih duduk dalam kalangan manusia yang soleh dan musleh pun engkau masih lagi jahat, apalagi jika engkau keluar daripada kalangan mereka..
قال عليه الصلاة والسلام: المرء على دين خليله فلينظر أحدكم من يُخَالِل
berkata Rasullullah SAW, “Seseorang itu berada atas deen (cara hidup) kekasihnya, maka lihatlah setiap seorang antara kamu dengan siapa kamu berkasih..”
Wahai yg membolak balikkan hati kami,tetapkanlah hati kami di atas jalanMu
Oleh
Wan Nor Anisah binti Wan Abdullah
Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Seberang Perai Utara (SPU)