As-Syahid Hasan al-Banna mula mengasas gerakan dakwahnya semenjak 1924 lagi hingga kini sudah seratus tahun, tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Manakala, asas gerakan dakwah berpaksikan kepada unit terkecil iaitu institusi usrah.
Pentingnya usrah ini sehingga dijadikan unit dan menjadi salah satu daripada tiga rukun asas intima’/penggabungan seseorang kepada gerakannya.
Ini membuktikan bahawa beliau amat-amat memahami sunnah Allah menciptakan sistem dan mentakdirkan ibu dan bapa selaku guru yang pertama diamanahkan tanggungjawab pengajaran dan pendidikan (PdP) terhadap zuriat anak-anak keluarga mereka.
Maka di dalam proses hendak memanusiakan manusia maka beliau memanfaatkan sistem PdP yang bercirikan Nizomi ini sebagai asas yang mesti dihidupkan di dalam gerakannya.
Gerakan dan tindakan untuk membantu dan menampung kekurangan yang mungkin berlaku di dalam keluarga masing-masing.
Tindakan menghidupkan sistem PdP Nizomi (usrah) untuk semua golongan dan lapisan masyarakat Islam dari kanak-kanak hinggalah ke golongan dewasa tanpa pengecualian di sepanjang hayat.
Hal yang menyedihkan, berapa ramaikah umat Islam khasnya di negara kita Malaysia ini yang sedar dan menghidupkan sistem ini di dalam kehidupan harian mereka iaitu sistem PdP Nizomi sepanjang hayat yang sekurang-kurangnya terserlah lima ciri-ciri tersebut.
Boleh kita renungkan berapa ramaikah umat Islam yang berpegang dan menggabungkan diri dengan gerakan al-Banna ini yang menjadikan unit usrah sebagai asas gerakan dakwahnya?
Demikian juga sejauh manakah ahli-ahli gerakannya yang benar-benar ghairah menghidupkan sistem PdP Nizomi ini bersama masyarakat awam dengan sebanyak mungkin?
Sistem PdP Nizomi Asolah perlu:
1.Menghentikan budaya pengambil alihan tugas asal PdP dari institusi keluarga kepada institusi lain. Institusi keluarga adalah institusi pertama/PdP pertama yg diketuai oleh ibu dan bapa.
Sekolah adalah institusi kedua yang berperanan menampung/menyempurnakan PdP pertama bukan mengambil alih. Guru Kedua membantu, menampung, menyempurnakan tugas guru pertama bukan mengambil alih.
2. Menghentikan budaya pembahagian tempat-tempat pengajian hanya menyediakan PdP Nizomi sahaja dan masjid/surau menyedia PdP Umumi sahaja. Hal ini bermaksud, di setiap tempat sekolah, masjid, surau dan pusat-pusat pendidikan perlu hidupkan kedua-dua sistem PdP ini.
3. Menghentikan budaya menghadkan tempoh PdP Nizomi di tempat-tempat pengajian sahaja, selepasnya bagaikan sudah tidak perlu lagi sistem PdP Nizomi ini.
4. Menghidupkan PdP Nizomi dan Umumi serentak di mana-mana sahaja kita berada untuk sesiapa sahaja kita di sepanjang hayat selagi mana nyawa kita dikandung badan. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW:
“Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke Liang Lahad.”
Al-Fadhil Ustaz Yahaya Bin Nayan
Mudir Pusat Ilmu dan Amal (PIDA)


