2. Walaupun perlantikan tersebut sah mengikut Perlembagaan Negara dan Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, namun bagi saya karisma dan rekod peribadi beliau sendiri sebenarnya merupakan isu lebih pokok yang perlu dipertikaikan
3. Beliau terkenal sebagai individu yang berfahaman liberal dan sering terpalit pelbagai isu kontroversi seperti enakmen jenayah syariah, pesta arak octoberfest dan transgender
4. Beliau juga tegas mempertahankan G25, Sister In Islam (SIS) dan golongan pejuang LGBT yang amat konsisten merobek perlembagaan serta merosakkan anak muda negara dengan fahaman sesat dan perjuangan songsang yang didalangi kuasa-kuasa dunia yang membenci Islam
5. Agenda perjuangan yang bertentangan dengan sejarah serta identiti negara ini amat merbahaya kepada keamanan, keharmonian serta integrasi nasional yang cuba dipertahankan selama ini
6. Jika Speaker Dewan Rakyat mempunyai kecenderungan sebegini, ia pasti akan mencemar kredibiliti serta kemuliaan dewan yang berfungsi menjunjung tinggi Perlembagaan Negara, Rukun Negara dan kedudukan istimewa Islam, bangsa Melayu dan institusi Raja sebagai tunjang asas kenegaraan
7. Ini merupakan satu lagi kesilapan besar (fatal mistake) oleh Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin yang mungkin terpaksa dilakukan beliau demi mempertahankan kedudukannya yang semakin terancam
Ir Ts Lukman Al Hakim