Stoking Kalimah Allah: Pendakwa Raya Tiada Kesungguhan Dalam Menegakkan Keadilan.

Pelik dan kesal dengan keputusan pendakwa raya untuk tidak mahu meneruskan pendakwaan terhadap 5 orang tertuduh dalam kes penghinaan kalimah Allah pada stoking KK Mart. Seharusnya pihak Peguam Negara lebih serius dan teliti dalam mengurus kes yang berkepentingan awam seperti ini.

Permohonan DNAA (melepaskan tanpa membebaskan) oleh pihak pendakwa raya terhadap 5 pengarah terlibat langsung mencerminkan tiadanya kesungguhan mereka dalam menegakkan keadilan bagi kes ini. Mahkamah telah memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan kesemua mereka selepas pihak pendakwaan menarik pertuduhan kepada mereka yang terbabit.

Sepatutnya kes ini diteruskan dan kekal dibicarakan untuk memastikan pihak yang bersalah menerima balasan dan hukuman setimpal dengan kesalahan yang mengancam keharmonian sosial dalam masayarakat di negara ini.

Umat Islam sentiasa sedar dan akan terus menjalankan tugasnya menegakkan kebenaran dan mencegah apa sahaja bentuk kemungkaran dan sebarang penghinaan terhadap kemuliaan Islam.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat