Syiah dan Konflik Timur Tengah.

Ketika Taufan Aqsa meletus, pro Syiah mengambil kesempatan sebaiknya untuk memposisikan diri sebagai hero di Timur Tengah. Kelemahan negara Sunni memberikan bantuan perang diambil kesempatan oleh Iran dalam membina kerjasama tertentu dengan Hamas.

Hakikat yang tidak boleh dilupakan Iran juga memberikan bantuan perang kepada Houthi di Yaman, Syiah di Iraq dan Alawi di Syria, semuanya untuk membantai sunni. Hizbullah Lubnan menonjolkan diri sebagai pembela Palestin.

Hakikat yang tidak boleh dilupakan Hizbullah juga membantai pelarian Palestin di perkhemahan Yarmuk di Syria. Houthi Yaman menyekat Laut Merah dan Teluk Mandab ke atas Israel dan beberapa serangan ringan-ringan terhadap Israel. Hakikat yang tidak boleh dilupakan Houthi juga mengepung satu penempatan 800 ribu Sunni di Taiz Yaman seperti bentuk yang dilakukan Israel terhadap Gaza.

Iraq memaksa US mengarahkan semua baki tenteranya dari bumi Iraq kembali ke US seolah tidak mahu lagi menyokong US dan sekutunya Israel. Hakikatnya demografi Iraq berubah kerana campur tangan bersenjata dari Syiah membunuh ribuan sunni di Iraq untuk mengukuhkan kedudukan Syiah di tampuk politik Iraq selepas Saddam. Syria digambarkan sebagai jalan Iran dalam membebaskan Palestin.

Hakikatnya Iran bersama Hizbullah membunuh warga Palestin di Syria. Syiah tetap Syiah, mereka ada akidah dan falsafah hidup yang tidak akan berubah selagi mereka Syiah. Mereka melaknat para sahabat besar seperti Abu Bakar RA dan lainnya. Jadi apalah sangat nilai muslim sunni yang lain di sisi mereka. Kepada yang meletakkan harapan kepada Iran dan sekutunya untuk membebaskan Palestin, insaflah.

Palestin hanya akan bebas di tangan umat Islam yang menjadikan Umar RA pembuka Palestin sebagai qudwah dan pimpinan. Juga di tangan yang menuruti jejak Solahudin Ayubi yang memulakan pembebasan Quds dengan langkah menjatuhkan kerajaan Syiah Fatimiyah di Mesir. Hamas membina kekuatannya sendiri kerana mereka yakin nasib Palestin di tangan mereka. Dengan Iran mereka mengambil manfaat tertentu dari konflik Iran-Israel. Tetapi Syiah tidak akan sesekali bertapak di Palestin.

Kita umat Islam Malaysia, berpada-padalah. Jangan tersilap langkah hingga mengukuhkan Syiah di Malaysia.

Ustaz Fauzi Asmuni
Perunding Kanan Antarabangsa ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat