Oleh: Siti Nur Atiqah Bt Md Yatim
JOHOR BAHRU, 18 Jan- Suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mematahkan semangat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor Bahru meneruskan langkah dalam menyantuni masyarakat melalui pelbagai medium.
Sempena program Gerak 100 hari ini, Isma Johor Bahru telah memberikan pengiktirafan dan penghargaan kepada pimpinan dan aktivis yang telah menabur jasa dan bakti menyampaikan agenda Isma kepada masyarakat.
Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Khas yang diraikan dalam majlis ini:
1. Saudara Mohd Khairul Bin Ahmad Nordin, Pegawai Eksekutif ISMA Johor Bahru 2016-2021
2. Saudara Mohd Noor Asyraf Bin Amiruddin, Biro Dakwah Isma Johor Bahru yang telah lama menjalankan amanah sejak 2015.
3. Saudara Ainuddin Bin Saliman, pengurus akademi bola sepak ISMA Darul Takzim. Pemain akademi Bola Sepak ISMA DT telah berjaya muncul sebagai Naib Johan dalam Kejohanan Educity Junior U10 2021.
Program ini diserikan dengan persembahan video montaj berkaitan perjalanan Isma Johor Bahru sepanjang tahun 2021.
Diharapkan program ini menjadi pendorong kepada semua ahli isma agar terus gigih melaksanakan tugas dalam menyampaikan agenda Isma kepada masyarakat.