“Kita akan menjalani kehidupan dengan “the new normal” atau kebiasaan baharu. Apa yang biasa kita buat dulu, tak boleh kita buat lagi.” – Tan Sri Muhyidin Yasin.
COVID-19 mengesani kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan lain-lain. Disebabkan itu, kehidupan kita dalam tempoh terdekat ini dan ke depan tidak akan kembali seperti biasa. Antara kebiasaan baharu yang mudah dilihat hari ini seperti tidak berjabat tangan, penjagaan jarak, tiada lagi budaya kumpul beramai-ramai di tempat makan, panggung wayang dan tempat-tempat lain. Etika kebersihan juga dilakukan dengan baik sekali di mana kita perlu mencuci tangan dengan sabun atau pembasuh nyah kuman dengan kerap.
• Jika sebelum ini, seorang daie itu banyak merancang aktiviti untuk bersama masyarakat seperti ceramah umum, seminar kekeluargaan, kelas mengaji dan sebagainya.
• Kebiasaan baharu memaksa seorang daie untuk berfikir secara kreatif akan strategi penyampaian dakwah yang bersesuaian dengan kemelut yang sedang kita hadapai. ISMA dan ISMA KL sendiri mengambil inisiatif menyampaikan dakwah secara maya melalui pelbagai medium (Contoh: Facebook live, Telegram channel).
• Dalam masa yang sama, seorang daie perlu menjadi pemudahcara yang kreatif di alam maya supaya penyampaian dapat disampaikan secara berkesan kepada masyarakat.
• Jika sebelum ini, rutin harian biasa bagi seorang daie adalah ke tempat kerja dan bekerja dalam tempoh yang ditetapkan.
• Kebiasaan baharu memaksa sorang daie menyusun atur jadual harian terutama yang bekerja dari rumah, menjadi lebih baik. Amanah kerja perlu diselesaikan, tanggungjawab kepada keluarga perlu diselesaikan, tugasan dakwah dan tarbiah masih perlu berjalan.
3) Kemahiran dan hobi baharu
• Jika sebelum ini, kita kata tiada masa untuk tambah kemahiran atau mencuba sesuatu yang baharu. Nah, sekarang adalah waktunya. Terutama kepada mereka yang tidak bekerja dari rumah.
• Kebiasaan baharu memaksa seorang daie menambah baik kemahiran yang sedia atau mencuba sesuatu kelainan. Seorang guru atau pensyarah memang mahir mengajar di dalam kelas. Tetapi, situasi hari ini menyebabkan para guru dan pensyarah mencuba pelbagai medium di atas talian bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Bagi pelajar, mereka terpaksa menyiapkan tugasan di atas talian dan penilaian dibuat oleh guru/pensyarah juga di atas talian.
• Seorang daie akan manfaatkan masa dengan optimum dengan pemantapan kemahiran pengurusan kewangan, kulinari dan masakan, media, penulisan, dan penonjolan ketokohan diri.
• Selain itu, seorang daie juga boleh mencuba pelbagai hobi baharu seperti berkebun supaya dapat dituai hasilnya dan membaca buku ilmiah agar ilmu lebih luas.
4) Penjagaan disiplin diri dan mutabaah amal harian
• Jika sebelum ini, ada kelompongan mutabaah amal atas pelbagai alasan.
• Kebiasaan baharu memaksa seorang daie untuk bertegas dan tidak beralasan. Hal ini penting kerana wujudnya peperangan di antara iman dan nafsu serta seorang daie akan tingkatkan disiplin diri agar tidak lemah iman (futur).
5) Kehidupan sederhana
• Jika sebelum ini, di dalam hati seorang daie itu masih ada keinginan untuk melancong ke luar negara, makan makanan sedap, kereta mewah dan perbelanjaan-perbelanjaan lain.
• Kebiasaan baharu memaksa seorang daie menjalankan kehidupan secara sederhana dan meningkatkan kelasakan jiwa.