Sudah 64 tahun negara kita merdeka, pelbagai strategi telah diambil oleh kerajaan dalam memperkasakan sistem pendidikan termasuklah terbaru pada tahun 2011, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dirangka dan dilancarkan bermula pada tahun 2013.
Kini pelaksanaannya sudah masuk ke fasa ke-3, tetapi mungkin sedikit terencat sedikit disebabkan oleh pandemik covid-19. Kajian semula terhadap sistem pendidikan Malaysia dan penghasilan PPPM ini adalah usaha dalam mengangkat sistem pendidikan kita ke tahap yang lebih baik, dan antaranya menekankan identiti nasional dan semangat patriotik rakyat Malaysia yang merdeka.
Seperti mana yang telah termaktub dalamĀ Rasional Dasar Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa sistem pendidikan pada zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Bahkan Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat tempatan. Tetapi sistem pendidikan sebegini sudah tidak sesuai lagi. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat seperti mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar yang utama.
Malangnya, masih ada pihak-pihak yang ingin mengekalkan sistem pendidikan sebelum merdeka, antaranya Hua Zhong yang konsisten memperjuangkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang jelas tidak mengikut aspirasi Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Soalnya bagaimanakah aspirasi murid yang digariskan dalam PPPM ini dapat dicapai melalui sistem yang tidak mencapai Rasional Dasar Pendidikan Kebangsaan ini?
Perbuatan mereka ini sungguh aneh, adakah pihak-pihak yang bersungguh memperjuangkan UEC ini benar-benar tidak mahu hidup dalam negara yang merdeka sebagai rakyat Malaysia atau sebenarnya mereka tidak pernah mahu meletakkan taat setia dan cintakan tanahair pada bumi yang dipijak ini?
https://www.sinarharian.com.my/article/92696/BERITA/Nasional/Muhyiddin-harus-kota-janji-iktiraf-UEC-DAP
Malapetaka besar kepada negara jika sistem pendidikan UEC diiktiraf