Urus Diri Beri Impak Luar Biasa Pada Keluarga

Serius ke anda sayang anak anda?

Ibu bapa adalah cerminan yang paling utama dalam kehidupan anak-anak terutama ketika mereka masih kecil termasuklah apa yang si ibu sering lakukan, perangai si ayah di rumah, perilaku dan adab sopan antara ibu bapa itu sendiri. Ini semua adalah gambaran bagaimana hasil anak di rumah itu akan lakukan sama ada di dalam mahupun luar daripada rumah mereka.

Mendidik anak dengan ikhlas, bersungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang mendalam kepada anak.

Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Oleh yang demikian, ibu bapa haruslah menzahirkan kasih sayang terhadap mereka dalam bentuk dan keadaan yang sesuai dan bukanlah ditaburi dengan kebendaan semata-mata demi meraih perhatian dan pengaruh daripada anak-anak.

Namun,

Andai betul anda sayangi mereka, adakah anda pernah meletakkan diri anda sendiri untuk disayangai?

Itulah kepentingan SELF CARE.

Untuk memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada anak, kita wajib untuk jaga dulu Self Care kita sendiri.

Suatu malam, seusai makan malam yang menyelerakan untuk setiap ahli rumah, seorang demi seorang bangun meninggalkan meja makan dan tinggal si ibu seorang diri di dapur. Jam sudah menunjukkan hampir ke angka 10 malam, dan fikiran ibu mula menerawang pelbagai lagi tugas yang masih dia belum selesaikan. Meja makan yang perlu dikemas, pinggan mangkuk yang perlu dicuci, dapur yang perlu disapu, anak yang perlu ditidurkan, dan yang paling utama badannya sendiri sudah mula mencapai tahap maksimum. Dengan secepat mungkin dia cuba menyelesaikan semua perkara sambil di fikiran mula melahirkan kata-kata negatif.

“Ah biar la anak tidur sendiri malam ni, penat sangat dah ni!

Esok je peluk mereka!”.

Contoh di atas adalah antara situasi yang para ibu sering hadapi saban hari andai tiada bantuan dan perhatian daripada si suami. Anak terabai, hati ibu tercedera. Andai si ibu menzahirkan kata-kata negatif di fikiran nya, anak-anak akan terkilan dan akhirnya tidur tanpa kasih sayang dan pelukan mimpi indah si ibu buat mereka.

Ibu yang mengambil vibe positif akan segerakan kerja-kerja yang tertangguh, setelah itu dapatkan anak-anak sambil berkata: “sekejap ye, ibu mandi bersihkan diri dulu, berlengas sangat da ni”.

Mandilah dengan kadar segera, andai di situ dapat melepaskan lelah dan air mata, biarlah ia mengalir bersama limpahan air shower. Biarlah kepanasan badan dan hati menjadi sejuk seiring dengan kenyamanan air mandian. Berwuduk la, InsyaAllah hati kembali tenang dan mampu mengukir kembali senyuman si ibu yang anak-anak inginkan dibawa ke mimpi.

Untuk memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang, kita perlu tahu menjaga Self Care dengan pelbagai cara:

1.Tahu limit diri sendiri di tahap mana.
2. Tahu untuk memanjakan diri.
3. Cari cara untuk rehatkan badan dan emosi.
4. Cari cara untuk penuhkan tangki emosi dan spiritual diri.

Dengan hanya 5 Minutes Self Care ini, tangki emosi ibu kembali penuh, tangki emosi anak tiada cacat cela. Setiap orang lain caranya, kenali diri sendiri bagaimana ia perlu diuruskan bagi memudahkan kita menguruskan perkara lain.

TAKE CARE OF YOURSELF, THEN YOU HAVE SPACE TO CARE ABOUT THE OTHERS.

Norazlina binti Mansor

Aktivis ISMA Nilai

Ajk Biro Keluarga & Masyarakat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat