Warga Singapura Kutip Dana Untuk Mangsa Banjir Malaysia

BANGI, 23 Dis – Warga Singapura jalankan derma kilat bagi membantu rakyat Malaysia yang ditimpa bencana banjir anjuran SuChi Rahmah Initiative.

Kutipan yang mencecah 100 ribu ringgit itu telah diserahkan kepada badan bukan kerajaan di Malaysia iaitu, Ikatan Muslimin Malaysia semalam.

Menurut Ketua Pemuda Isma, Arifin Manan usaha ini menunjukkan semangat saling membantu sesama manusia walaupun berlainan negara.

“Isma amat berterima kasih kepada ngo SuChi Rahmah Initiative atas kepercayaan yang diberikan kepada kami untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang ditimpa bencana banjir,” katanya.

Isma melalui skuad Relawan Muda Isma telah menjalankan inisiatif membantu mangsa banjir dengan pelbagai bantuan yang diberikan.

Antaranya memberi khidmat mencuci rumah mangsa banjir, menyediakan kelengkapan tidur (selimut, bantal, tilam), kit kebersihan kendiri, kit emosi (modul untuk kanak-kanak), tuala wanita, makanan siap masak dan cecair pembasmi kuman.

Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada operasi bencana banjir ini boleh menyumbang ke akaun CIMB – 8604718222 – Persatuan Sukarelawan ISMA.

https://ezy.la/BantuMangsaBanjir
https://ezy.la/BantuMangsaBanjir
https://ezy.la/BantuMangsaBanjir

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat