1. Tindakan Kasthuriraani Patto, Ahli Parlimen Batu Kawan DAP meraih publisiti daripada usahanya menyampaikan surat kelulusan zakat menunjukkan DAP tak sensitif dengan Islam, dan kehabisan idea untuk berpolitik secara matang.
2. Apalah yang nak dibanggakan melalui usaha menyampaikan surat itu, sehingga perlu bergambar dan mewar-warkan kepada seluruh Malaysia? Dana bantuan itu, satu sen pun bukan dari poket Kasthuri. Kasthuri juga tak terlibat dalam serahan bantuan, kerana bantuan RM100 disalur secara terus ke kad pengenalan penerima. Jadi, apa yang Kasthuri nak ‘claim’ sebenarnya?
3. Betapa tergurisnya hati umat Islam melihat Kasthuri mencari publisiti melalui zakat yang tiada kena mengena langsung dengan dirinya yang beragama Kristian. Jelas bahawa DAP amat tidak sensitif dengan agama negara ini. Takkanlah urusan khas umat Islam pun nak dapatkan political mileage?
4. Tindakan Kasthuri boleh memecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia kerana mencampuri urusan agama lain dan mengambil publisiti darinya. Seharusnya semua penganut agama tahu batas masing-masing supaya perpaduan terpelihara.
5. Seharusnya, urusan khas agama Islam dilaksanakan tanpa melibatkan orang bukan Islam, lebih-lebih lagi pemimpin parti politik yang banyak dikaitkan dengan kontroversi melibatkan kesucian Islam. Pusat Zakat sepatutnya menggunakan saluran Pejabat Agama Islam Daerah untuk mendaftarkan penerima, bukan melalui Pejabat Khidmat DUN dan Parlimen. Hal ini boleh mengelakkan zakat dan keindahannya dimanipulasi oleh politikus dan institusi bukan Islam.
USTAZ BILAL JAILANI
Yang Dipertua ISMA BANGI