6 SEBAB PERLU TOLAK DAP

Saya kekal berpendirian bahawa DAP seharusnya tidak berada dalam kerajaan yang baharu, sama ada melalui gabungan parti yang baharu atau melalui PRU.

Ada 6 sebab utama, kenapa saya tolak DAP :

1-Mendokong agenda evangelis
2-Cubaan hidupkan ideologi komunis
3-Keterlibatan dengan militan LTTE
4-Memperjuangkan ICERD ( hak murtad ) dan sebagainya.
5-Perjuangan kiasu, chauvinis dan anti-nasional
6-Keterlibatan taikun (RD & Jud) dalam penajaan politik.

Kesilapan terdahulu di kalangan ahli politik sendiri telah menyebabkan DAP diterima ramai termasuk di kalangan orang Melayu.

Kesilapan sebahagian orang politik yang terlibat dengan rasuah juga menjadi punca mereka ditolak. Jadi bersihkan saf daripada mereka yang mempunyai rekod yang buruk.

Harapan saya, ‘kerajaan baharu tanpa DAP’ atau ‘bubar parlimen’ dan biar rakyat memilih semula.

Saya berhasrat dan berdoa agar para pemimpin dan keseluruhan umat ini agat gigih berkeringat untuk memupuk perpaduan yang berasaskan aqidah, bekerja untuk memertabatkan agama dan masa depan rakyat dan negara.

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat

Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat