Latar Belakang
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) ialah sebuah gerakan Islam yang dinamik dan progresif, berdaftar sejak 1997. Berteraskan al-Quran dan Sunnah, ISMA berperanan menyampaikan ajaran Islam yang sebenar serta memperjuangkan hak umat Islam di Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
ISMA komited membangunkan masyarakat melalui pelbagai program pendidikan, dakwah, kebajikan, belia, wanita, keluarga, ekonomi dan kemasyarakatan. Dengan 46 cawangan di dalam negara dan 8 cawangan di luar negara serta ribuan ahli daripada pelbagai latar belakang, ISMA terus memimpin usaha memperkukuh kepimpinan umat dan memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan terpelihara.
Visi & Misi
VISI
Menjadi gerakan Islam yang kuat dan berpengaruh.
MISI
Memimpin ummah mengembalikan dominasi kuasa Melayu Islam.