Kerajaan harus serius perkasakan usahawan bumiputera

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Hatta Ramli ada mengulas mengenai punca kurangnya syarikat yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera, antaranya adalah kerana sikap terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Sebenarnya, jika benar jujur dan ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini, kita tidak boleh berfikir secara terlalu simplistik sebegini kerana banyak faktor yang perlu diambil kira.

1. Wujudnya pengamalan kronisme dan nepotisme secara berleluasa dalam pengagihan bentuan kerajaan untuk usahawan Bumiputera.

2. Dasar penjajah yang dari dulu tidak menggalakkan agar golongan Bumiputera berniaga. Ini adalah fakta sejarah, maka tidak peliklah jika majoriti syarikat besar yang sudah lama bertapak di negara kita dimiliki oleh orang bukan Bumiputera kerana keistimewaan yang telah diperolehi turun temurun lagi.

3. Dasar kerajaan yang terdapat banyak ketirisan dari peringkat atasan sehinggalah peringkat bawahan.

Saya ada beberapa cadangan penambahbaikan kepada sistem dan dasar yang sedia ada dalam membantu pihak kerajaan menyelesaikan masalah ini:

1. Meningkatkan sasaran kerajaan kepada 60% penguasaan bumiputera dalam bidang perniagaan, bukannya hanya 30%.

2. Membanteras rasuah, kronisme dan nepotisme hingga ke akar umbi. Peruntukan projek khas utk Bumiputera perlu diberikan tanpa melalui tender terbuka.

3. Mengembalikan program syarikat kontraktor berwibawa (dalam sekitar 100 syarikat) untuk dibentuk menjadi syarikat kontrator yang besar supaya dapat bersaing dengan kontraktor-kontraktor gergasi cina.

4. Mewujudkan sistem pemantauan (monitoring) perkembangan projek-projek keranaan untuk memastikan ia benar-benar sampai kepada kontraktor-kontraktor bumiputera.

Maka, kerajaan mesti berhenti menyalahkan rakyat, khususnya golongan Bumiputera dalam isu ini. Dasar-dasar yang sedia ada perlu ditambahbaik, bukannya dihapuskan.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
8 Julai 2019

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat