Pada tempoh-tempoh genting penularan COVID-19 ini, sepatutnya pemimpin-pemimpin menunjukkan tauladan yang baik, lebih-lebih lagi yang bergelar wakil rakyat.
Zaman PN ni takleh salat berjemaah di Surau.. hmmm tak marah DAP ke? Bisinglah sikit. Lama tak dengar.
Ooops nak salahkan DAP takleh dah. Bukan depa yang larang maka ok kan.. https://t.co/HmrUFPQ0e2
— Khalid Samad (@KhalidSamad) March 19, 2020
Kita sedang berdepan dengan satu ujian yang sangat besar, maka sepatutnya tiada ruang untuk kita berbalah sebaliknya bekerjasama dan berlapang dada. Apa yang kita lihat sekarang ialah isu COVID-19 ini menjadi lebih serabut apabila dijadikan permainan politik seolah-olah tiada implikasinya.
Rupa-rupanya, yang mengapi-apikan perkara ini dan yang menyuburkan budaya tidak sihat ini adalah pemimpin itu sendiri, lebih teruk apabila mereka ini adalah wakil rakyat. Maka, tidak hairanlah rakyat di bawah menjadi cerca merba dan seolah-olah hilang pedoman.
Sudah-sudahlah bermain politik. Mengkritik segala kelemahan kerajaan adalah wajar, tetapi ini bukannya kritikan. Ini adalah memperbodohkan diri dan mengajar pengikut menjadi kurang cerdik yang akhirnya boleh mencetuskan pelbagai masalah.
Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab. Kerana Allah akan menyoal kepimpinan kita di akhirat kelak. Takutlah pada Allah.
Hj Aminuddin Bin Hj Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)