KITA tahu modus operandi media-media ini. Membuat berita-berita sensasi termasuk memuatnaik berita lama pada masa yang tidak kena, seperti waktu krisis sebegini. Seperti biasa, ini adalah satu ‘perangkap’ untuk mengumpulkan cybertrooper-cybertrooper untuk menjadi gila dan meroyan tanpa memahami konteks atau berita sebenar. Itu mungkin lumrah media baru ini.
Untuk pengetahuan semua, berita ini adalah berita ‘kitar semula’ oleh Malaysiakini yang kita pun tidak tahu apa motifnya. ISMA telah pun mencabar kedudukan sekolah vernakular pada 2 bulan lalu. Banyak media yang telah melaporkannya.
Walaubagaimanapun, saya terkejut juga apabila seorang bekas menteri iaitu YB Khalid Samad ‘terjerat’ dalam perangkap tersebut. Mungkin inilah martabat beliau, setaraf cybertroopers sahaja. Langsung tidak menggambarkan professionalisme seorang wakil rakyat, apatah lagi seorang yang pernah menjadi seorang menteri. Tiap-tiap hari ada sahaja isu murahan yang cuba dimainkan, termasuk mempolitikkan isu COVID-19.
Terlalu ramai pakar akademik dan aktivis pendidikan dari pelbagai latarbelakang termasuk kaum dan agama menyokong bahawa sekolah satu aliran adalah solusi terbaik kepada kepincangan yang berlaku sekarang. Malah, majoriti rakyat juga menolak sekolah vernakular dan mendesak agar sistem sekolah satu aliran dipercepatkan. Adakah mereka semua ini pelampau dan penjual agama? Apa kaitan sekolah vernakular dengan agama?
Pesan saya kepada YB Khalid Samad, duduk rumah dan berehatlah. Tenangkan fikiran dahulu. Mungkin beliau masih dalam trauma yang beliau kehilangan jawatan sebagai menteri, kita faham. Selepas dapat terima hakikat tersebut dan bertenang, tumpulah perhatian kepada rakyat Shah Alam. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat, lebih-lebih lagi pada waktu-waktu genting seperti krisis penularan pandemik COVID-19 ini.
Ingatlah, rakyat sentiasa memerhati tindak-tanduk pemimpin-pemimpin mereka apatah lagi gelagatnya itu ditonjolkan di media sosial. Apa yang lebih pasti ialah Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan, termasuklah apa yang kita lakukan dengan amanah kepimpinan yang dipertanggungjawabkan.
Hj Aminuddin Bin Hj Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Apa kaitan agama dengan sekolah vernakular?
Ramai pakar dan aktivis pendidikan menyokong sistem sekolah satu aliran dan menolak sekolah vernakular.Mereka ini dtg dari pelbagai latar belakang trmasuk kaum dan agama.
Mereka ini pelampau agamakah? https://t.co/hN7HMgSvWw
— Aminuddin Yahaya (@AminuddinYahaya) March 23, 2020