oleh Habsah Abdul Shaer
TELUK KEMANG, 29 Mac 2020 – Wanita Isma cawangan Port Dickson mengambil inisiatif sempena Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan jangkitan Covid-19 dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Inisiatif ini bertujuan membantu mereka yang tidak dapat bekerja atau menjana pendapatan sepanjang pelaksanaan perintah berkenaan selama 28 hari bermula dari 18 Mac sehingga 14 April 2020,” terang Puan Kamaliah Abdul Hamid selaku Ketua Wanita Cawangan Port Dickson.
Menurut Puan Kamaliah lagi, Wanita Isma Port Dickson mengenal pasti golongan yang memerlukan ini melalui Muslimah Muafakat Taman Intan Perdana yang diketuai oleh Puan Normah.
Penerima tidak perlu hadir ke pejabat untuk urusan bantuan ini kerana agihan bantuan akan dibuat secara terus ke rumah mereka.
Selain itu, Wanita Isma turut mengingatkan kepada penerima bantuan khas ini agar sentiasa patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuatkuasa dan menasihatkan orang awam agar tidak keluar dari rumah dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti mengamalkan jarak selamat, memakai topeng muka dan sarung tangan, kerap basuh tangan menggunakan sabun atau hand sanitizier dan segera mendapatkan rawatan sekiranya tidak sihat.
Terima kasih kepada semua penyUmbang yang bersama-sama membantu meringankan beban mereka yang memerlukan. Moga Allah mengganjari dengan yang lebih baik.