Doa minta dijauhkan tindakan bodoh

1. Ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, terdapat sebahagian kita yang melakukan tindakan yang dilihat bodoh dan dungu. Mereka melawan pihak berkuasa, mencerca usaha pihak kesihatan, berpolitik berlebihan, mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan sebagainya.

2. Teringat saya kisah Nabi Musa yang berdoa agar Allah tidak menghukum kaumnya kerana tindakan bodoh sebahagian mereka. Ketika Nabi Musa diuji, ada dikalangan kaumnya melakukan perlakuan yang bodoh lagi dungu sehingga menyebabkan mereka melanggar syariat.

Nabi Musa lalu mengangkat tangannya, memohon agar Allah mengampunkan mereka kerana perbuatan bodoh dan dungu mereka. Perkara ini direkodkan dalam firman Allah:

قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُمْ مِنْ قَبْلُ وَإِيَّايَ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ

“”Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? Itu hanyalah cubaanMu.

3. Dengan sebab itu Dr Muhammad Ratib al-Nabulsi pernah menggunakan ayat al-Quran di atas sebagai sebahagian dari petikan doa agar Allah menjauhkan kita dari musibah akibat dari perlakuan dungu sebahagian kita. Malah sebahagian kita turut melakarkan doa agar Allah menjauhkan kita dari bala akibat dosa dan perlakuan bodoh sebahagian kita:

اَللّهُمّ اصْرِفْ عَنّا البَلاَء وَالْوَبَاء وَالاَدْوَاء وَالْاَهْوَاء وَالفَحْشَاء وَلاَ تُؤاخِذْنَا بِمَا فَعَلَ الْجُهَلاَء السُّفَهَاءُ مِنَّا

“Ya Allah, jauhilah kami dari segala bala, wabak, penyakit, ikut hawa nafsu dan perbuatan keji serta janganlah Engkau hukum kami atas apa yang dilakukan orang- orang yang jahil dan dungu dikalangan kami.”

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat