SIS perlu buka minda, jangan terperangkap dengan penyelesaian Barat sahaja

Kenyataan Sisters in Islam (SIS) terhadap video yang dimuatnaik oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu YB Siti Zailah menunjukkan hakikat akan kurangnya kefahaman SIS terhadap ajaran Islam.

Mungkin juga mereka tidak yakin dengan penyelesaian yang diberikan Islam kerana apa yang dinyatakan oleh YB Siti Zailah itu semuanya ada asas dan hujahnya dalam syarak, bukannya hanya sesuatu yang difikirkan secara semberono.

Pada masa yang sama juga, beliau (YB Siti Zailah) tidak menyatakan bahawa tindakan-tindakan susulan lain tidak perlu dibuat. Sebenarnya ini adalah sebahagian dari ‘langkah defensif’ sebagaimana yang disarankan syarak. Bukan bermakna beliau menolak tindakan ofensif seperti membuat aduan, tindakan undang-undang dan sebagainya.

Lagipun, adalah sesuatu yang sukar untuk menjelaskan satu per satu dan kesemua tindakan yang perlu diambil melalui media sosial dalam tempoh yang singkat. Berlaku adillah kerana itu adalah ‘short video’ sahaja.

SIS harus melihat secara lebih menyeluruh pada nasihat YB Siti Zailah ini sebagai salah satu cara untuk menyelesaikan masalah, bukannya menolak terus secara total.

Mungkin selama ini SIS tidak pernah atau tidak biasa dengan penyelesaian dan pendekatan berlandaskan Islam sebagaimana yang cuba dibawa oleh pemimpin negara sebegini. Maka, janganlah cepat rasa fobia dan rasa tidak betul.

SIS mesti buka minda dengan lebih luas, bukannya terlalu terikat dengan penyelesaian barat semata-mata.

Wallahu’alam.

Hj. Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Rujukan:

11 April 2020FOR IMMEDIATE RELEASESIS Urges MWFCD to Protect Women and ChildrenThis press statement is a response…

Posted by Sisters In Islam on Jumaat, 10 April 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat