Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, 1441 Hijrah

Alhamdulillah Ramadahan kini menjelang kembali dan bersyukurlah kita kerana diberi peluang untuk sekali lagi menjalani ibadah di bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini.

Kadangkala, kita terlupa nikmat peluang yang Allah berikan ini adalah kerana merasakan memang hak kita walhal ribuan jutaan manusia tidak dapat menikmatinya, sama ada telah kembali menemuiNya atau sakit atau mempunyai pelbagai kekangan lain.

Sebagai manusia yang menagih keredhaanNya, maka sudah pasti kedatangan Ramadhan merupakan saat yang kita semua tunggu-tunggu. Inilah waktu untuk kita bermunajat, bermuhasabah dan meminta keampunan dariNya di atas segala kesilapan yang telah kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak. Sesungguhnya tidak ada manusia biasa boleh mengelak dari sebarang kesalahan dan dosa.

Banyak peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan termasuklah peristiwa Peperangan Badar. Jadi, Ramadhan bukan sahaja bulan rahmah dan keampunan tetapi juga satu lambang pengorbanan dan perjuangan.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengisi Ramadhan kali ini dengan banyak beristighfar, bertaubat di dalam doa dan sujud kita, sebagai bekalan untuk perjalanan yang lebih jauh dan besar yang terhampar di hadapan.

Moga kita dianugerahi oleh Illahi dengan maqam taqwa.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
1 Ramadhan 1441H

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat