Berpada-pada dalam benci dan sayang

Benci dan sayang kepada manusia biar berpada-pada.Kesederhanaan lebih baik dari perlampauan emosi.

Orang yang tubuhnya jijik, jangan diceritakan jijiknya itu kepada semua orang.Bukan semua aib manusia halal didedahkan secara bermewah-mewah.

Pelaku jenayah, serahkanlah kepada pihak berkuasa. Mereka akan bertindak, mengadili dan menghukum. Apa yang bukan tugas kita, janganlah kita lakukan.

Ada maklumat, kita cerita setakat yang pasti. Tak da maklumat, lebih baik diam dari tersilap berdusta tanpa sedar. Bukan semua yang didengari sesuai untuk disebarkan.

Macam mana keadaan kita masa susah akan bergantung macam mana cara kita masa senang.Hidup ini ada pusingannya, ada masa di atas dan ada masa di bawah.

Belas yang ada dalam hati kita terhadap orang lain, akan menimbulkan belas dalam diri orang kepada kita di masa kita susah. Dan begitulah sebaliknya dengan perasaan benci.

Negara kita ketika susah dulu dipertahankan oleh datuk nenek moyang kita, bukan kita. Tak perlu bangga berlebihan kerana kemampuan kita belum pun diuji. Negara kita akan diuji, isu Laut China Selatan dan sebagainya menunggu masa untuk meletup.

Apa yang kita buat ketika negara susah, akan dinilai pula oleh cucu kita.

Jangan habiskan masa terlalu banyak di media sosial. Ini bulan Ramadhan. Kejarlah ganjaran Allah dalam bulan ini. Elakkan dari terbatal pahala sebab amal lagho yang kita buat.

Moga Allah menunjukkan saya dan pembaca sekelian ke arah yang diredhaiNya.

 

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Timbalan Presiden Isma

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat