Covid-19 : Aktivis Isma Mesir ambil langkah berjaga-jaga

KAHERAH, 5 Jun – Melihatkan situasi kes Covid-19 di Mesir yang semakin meningkat adalah sesuatu yang membimbangkan.

Bagi aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Mesir,  Ustaz Wan Fathin bin Wan Johari keadaan ini masih dalam kawalan cuma bimbang dengan kes yang semakin meningkat.

“Keadaan alhamdulillah, masih terkawal. Cumanya keadaan kedepan sangat merisaukan, mengambil kira kes yang semakin meningkat dan kesediaan masyarakat mengamalkan norma baharu,” kata penuntut tahun satu Sarjana Syariah Islamiah.

Tambahnya, bagi mereka pelajar Malaysia tiada jaminan perubatan jika dijangkiti Covid-19.

“Hatta rawatan semasa untk pengidap covid di sini pun agak susah nak jamin, maksudnya, kalau pelajar Melayu dijangkiti covid urusan di mesir ni sangat-sangat leceh dan berisiko tinggi.

“Kalau Mesir adakan SOP untuk pengajian dibuka pun, tiada jaminan keselamatan untuk rakyat Malaysia di sini,” katanya.

Oleh itu, dia yang juga Pengerusi Isma Mesir sering menasihati aktivis Isma yang lain agar tidak keluar dari rumah kecuali atas urusan penting.

Menurut Fahtin terdapat kira-kira lima ribu pelajar Malaysia di Mesir dan hanya sebahagian yang masih tinggal atas pelbagai fakor seperti kewangan, peperiksaan dan masa depan belajar.

“Kalau balik Malaysia, susah nak datang mesir semula atas faktor lapangan terbang yang masih ditutup.

“Dan urusan penangguhan kuliah agak sukar dilakukan dalam waktu sekarang,” katanya yang sentiasa mengawasi situasi Covid-19 di Mesir.

Di Mesir kawalan pergerakan hanya dilaksanakan pada waktu malam sahaja dan mereka yang dijangkiti Covid-19 sudah mencecah 29 ribu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat