KENYATAAN MEDIA
PEMUDA ISMA Akan Bertindak Bagi Mengekang Penjualan Arak Secara Terbuka
Menyantuni Puan Zahlawati Zahlan yang baru sahaja kehilangan suami akibat dilanggar pemandu yang disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar, KL.
Sempat juga kami sampaikan sedikit sumbangan kewangan bagi meringankan beban beliau sekeluarga.
Kisah beliau mendapat liputan luas media dan menjadi pemangkin semangat kami di Pemuda ISMA untuk terus memperjuangkan isu arak di Malaysia.
Saya telah mengarahkan semua ahli Pemuda ISMA di setiap cawangan untuk bersama sama penduduk setempat membantah jualan arak secara terbuka dan membentuk tim kajian dan pendesak agar pihak kerajaan bertegas di dalam meminda akta berkaitan arak.
Isu arak adalah isu semua merentasi sempadan agama dan kaum. Hanya yang bertuhankan nafsu yang menyokong industri arak.
Ingatlah. Arak Membunuh.
Ariffin Manan
Ketua Pemuda ISMA
(Ikatan Muslimin Malaysia)
5 Jun 2020