Kebiasaanya, masyarakat Malaysia akan menempuhi perjalanan yang jauh untuk pulang ke kampung menjelang Musim cuti terutamanya musim Perayaan.
Perjalanan yang di luar rutin harian ini bakal memberikan beberapa risiko kepada yang menaiki kenderaan persendirian dan kenderaan tersebut seperti kerosakan akibat tidak dijaga mengikut jadual pembaikan yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan dan juga kemalangan yang berpunca dari kerosakan tersebut.
Maka kita akan melihat beberapa petua ringkas untuk mengurangkan risiko tersebut tanpa menafikan keperluan utama merujuk kepada manual kereta.
Tiga skop utama rencana ini adalah penjagaan kenderaan sebelum perjalanan, petua pemanduan semasa perjalanan dan petua sekiranya terlibat di dalam kemalangan kecil.
- Petua penjagaan kenderaan sebelum perjalanan.
- Fokus kepada pemanduan dan bina pemerhatian baseline
Tidak semua orang mahir dalam penjagaan kereta apatah lagi mengesan kerosakan kereta tetapi semua orang mampu melihat, memerhati dan merasai perubahan terhadap kenderaan yang dinaiki.
Hal ini lebih mudah kepada pemilik kenderaan baru, perkara ini lebih mudah dan jelas untuk membuat pemerhatian baseline agar sebarang perubahan dari baseline dari segi visual, bunyi dan rasa dapat diambil tindakan semasa servis kenderaan di bengkel. Contoh pemerhatian baseline adalah keadaan dan pressure tayar, bunyi2 mahupun gegaran luar biasa ketika pemanduan.
- Menepati jadual servis kenderaan
Kebiasaannya setiap kereta terkini memiliki jadual servis yang telah ditetapkan. Pastikan kita menepatinya. Beberapa perkara yang perlu diservis selalu adalah minyak enjin@hitam, oil filter, tayar manakala servis untuk jangka Panjang adalah timing belt/chain.
Kebiasaanya, bengkel akan meletakkan Tarikh servis akan datang pada pelekat di cermin depan di dalam kereta. Jika anda mahu lebih reminder, boleh manfaatkan apps dari pengeluar kereta seperti Proton. Alternatif lain adaplah apps servis kenderaan seperti drivvo mahupun yang seumpama dengannya.
- Memastikan alatan kecemasan kereta dalam keadaan baik
Alatan kecemasan kereta yang dimaksudkan adalah tayar simpanan, kit alat ganti tayar termasuk jek kereta jenis skru dan lampu signal kecemasan berbentuk segitiga.
- Memastikan lesen, cukai kenderaan dan insurans belum tamat tempoh
Lesen boleh diperbaharui untuk jangka masa lebih dari setahun maka pembaharuan setiap tahun boleh dielakkan. Namun cukai kenderaan dan insurans perlu diperbaharui setiap tahun, maka kebiasaaanya isu tamat tempoh berlaku di sini.
Hal ini boleh dielakkan dengan bantuan reminder melalui smart phone calender mahupun jika anda menggunakan servis memperbarui cukai jalan dan insurans dengan pihak ketiga seperti Takaful Alfateh , mereka akan mengingatkan anda untuk memperbahurinya sebelum tamat tempoh.
- Petua pemanduan semasa perjalanan.
- Tayar dalam keadaan baik sepertimana baseline
Apa yang penting di sini adalah kita prihatin akan perubahan keadaan tayar seperti keadaan tekanan tayar, bunga tayar mahupun bendasing yang terdapat pada tayar. Jangka hayat tayar boleh dicheck berdasarkan TWI seperti gambarajah 1 di bawah yang mana jika bunga tayar telah hamper menyamai TWI, maka kita perlu segera menukar tayar kerana tayar sudah hampir “botak” dan jarak berkesan untuk membrek menggunakan tayar sebegini semakin berkurangan seperti gambarajah 2.



- Duduk sedia
- Duduk dengan selasa dan pastikan pandangan ke depan luas dan menyeluruh
- Sandarkan badan serapat mungkin kepada penyandar agar selesa
- Laraskan kedudukan ke depan atau belakag dan ke atas mahupun ke bawah agar
- kedudukan siku hingga kedua-dua tangan yang berada di stereng pada kedudukan pukul 10 dan 2 berada dalam keadaan selesa
- Kedudukan kaki yang selesa untuk menekan pedal brak dan pedal accelerator (pedal minyak petrol)
Rujuk gambarajah 4 di bawah;

- Memakai tali pinggang keledar
Ini adalah perkara yang sangat penting. Tanpa pemakaian tali pinggang keledar, anda menempah maut walaupun kenderaan anda dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini dan melepasi piawaian keselamatan 5-Bintang seperti ASEAN NCAP. Pemakaian tali pinggang keledar mengurangkan risiko. Semua ujian pelanggaran ke atas kereta adalah dengan pemakaian tali pinggang keledar dan itupun boleh melibatkan kecederaan serius. Apatah lagi kecederaan yang akan dialami tanpa pemakaian tali pinggang keledar.
- Fokus memandu dan bersabar
Ini adalah cabaran yang terbesar terutamanya apabila menghadapai aliran trafik yang tinggi di musim perayaan dan pelbagai kerenah manusia. Mulakan dengan niat yang ikhlas dan kuat untuk pulang berjumpa keluarga dengan keadaan yang selamat dan gembira. Pastikan tidak membuat keputusan semasa emosi tidak stabil dan empatilah kepada pengguna jalan raya lain. Pandu cermat jiwa selamat. Tanpa fokus, anda akan tersasar seperti salah satu papan tanda jalanraya di Australia,” microsleep can kill”.
Petua sekiranya terlibat di dalam kemalangan.
- Jangan panik
Ini kerana bila panik segalanya akan menjadi kelam kabut. Dengan tenang, insyallah anda dapat berfikir waras dan membuat keputusan rasional. Boleh amalkan teknik “deep breathing” oleh Dr.Rozanizam (https://m.facebook.com/drrozanizam/) untuk bertenang.
- Menilai tahap kemalangan untuk menentukan tindakan
Hal ini penting untuk menentukan menyusun tindakan dan menentukan tindakan yang lebih utama berdasarkan tahap kemalangan sama ada kecil, sedarhana ataupun besar mahupun melibatkan kecederaan serius. Ambil gambar kerosakan kereta dan kereta-kerata lain yang turut terlibat. Jika anda memiliki video itu lebih baik. Penilaian tahap kemalangan itu, lakukanlah secara kasar contohnya perbezaan tahap kemalangan sederhana dan besar adalah kereta anda masih boleh dipandu sendiri ke bengkel untuk penilaian tahap sederhana manakala unutk besar, kereta anda perlu di bawa dengan trak tunda. Jika melibatkan kecederaan serius, hubungi pihak hospital terlebih dahulu melalui 999 atau mana2 talian kecemasan lain. Untuk tahap kemalangan kecil seperti tayar pancit, anda hanya perlu berhubung dgn peronda lebuhraya.
- Hubungi pihak berwajib
Jika melibatkan kecederaan serius, hubungi pihak hospital terlebih dahulu melalui 999 atau mana-mana talian kecemasan lain. Jika anda di lebuhraya, hubungi pihak lebuhraya terbabit contohnya PLUSronda.
- Hubungi Insurans untuk towing ke balai polis dan Authorised Dealer
Bersabarlah untuk mendapatkan talian insurans anda, anda mungkin perlu menghubunginya berkali-kali. Tanyalah dengan teliti apa yg harus dilakukan, sekiranya trak tunda akan dihantar, pastikan anda tahu no plat trak tunda dan telefon pemandunya. Jangan sesekali, tertipu dengan longkai kerana urusan seterusnya akan menjadi lebih mencabar. Mengikut pengalaman peribadi, pihak insurans akan hantar trak tunda berdasarkan permintaan anda dan pastikan destinasi pertama adalah balai polis berdekatan untuk urusan laporan polis yang bakal digunakan untuk urusan insurans seperti “loss of claim”.
Diharapkan perjalanan kita semua diberkati Allah.
Mohd Amal Asrol Omar
YDP Isma Sepang
Jurutera simulasi pelanggaran
Rujukan
- Proton owner’s manual
- Proton Defensive Driving Class
- https://www.rms.nsw.gov.au/roads/safety-rules/safe-driving/basic-driving-techniques.html
- http://continentaltire.custhelp.com/app/answers/detail/a_id/865
- https://www.continental-tyres.com.lk/car/technology/tire-knowledge/lex-1-1
- https://www.fitrihadi.com/2019/12/tips-cara-beli-tayar-kereta-betul-jimat.html?m=1
- Pengalaman terlibat dalam kemalangan, tayar pancit, timing belt putus dan aircond rosak di musim perayaan.