Kerajaan Tun Mahathir tidak dirindui

1. Tun Mahathir tidak menjadi kerajaan buat masa ini kerana terlalu bagus menjadi pembangkang. Ketiadaannya sebagai perdana menteri juga tidak begitu dirindui.

2. Beliau boleh kekal bersahabat dengan rakannya iaitu saudara Anwar Ibrahim yang berkali kali menerimanya dengan hati terbuka, Hubungan mereka berdua semakin menjadi tanda tanya netizen, seolah olah irama lagu francisca peter dan jamal abdillah dalam judul kehebatan cinta.

3. Adapun kerajaan muhyidin, semakin mendapat tempat dihati rakyat, kekal tenang dan mengikul beban tanggunjawab, melenyapkan resah dihati rakyat.

4. Rakyat juga maklum akan perkembangan muafakat nasional yang kelihatan mahu mengambil posisi jika berlaku PRU kelak. Namun rakyat sudahpun mengenal kaca dan permata. Kaca kaca muafakat nasional akan diasingkan dengan baik dimasa hadapan agar yang benar benar bersih dan kompeten menjadi jentera kerajaan Yang Dipertuan Agong.

4. Adapun DAP, ideologi mereka telah tamat tempoh baik dari segi jumlah komposisi kaum mahupun ideologi itu sendiri. Pilihan yang ada adalah dengan melaga lagakan kepimpinan melayu itu sendiri sahaja.

5. NGO melayu akan kekal memainkan peranan sebagai jambatan persahabatan kepimpinan melayu. Kami bersandarkan kepada Allah agar memberikan hidayah kepada kepimpinan melayu agar tidak terus dalam keadaan dungu dalam mencorakkan kepimpinan melayu. Kami tidak akan berputus asa dengan bangsa ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat