BANGI, 16 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sambut baik tindakan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menggurkan peguam Eric Paulsen daripada Majlis KKMM berkuatkuasa hari ini.
Menurut Ketua Komunikasi Korporat dan Multimedia Isma, Norzafry Norhalim tindakan ini seharusnya wajar kerana Eric dikenali sebagai individu yang sering membuat provokasi di media sosial terhadap agama negara iaitu Islam sekaligus mencabar perlembagaan negara dan keharmonian antara kaum.
“Kelantangan sikapnya yang selalu membuat provokasi tentang Islam di media sosial menjadikan beliau tidak layak memegang posisi dalam mana-mana jawatankuasa kerajaan,” katanya ketika dihubungi.