Laporan Media Aljazeera adalah bohong

BANGI, 7 Julai – Laporan media antarabangsa Al-Jazeera tentang usaha Malaysia dalam mengawal penularan COVID-19 membabitkan warga asing adalah bohong dan boleh dipertikaikan.

Ketua Perhubungan Isma Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir berkata, sebelum ini berita dari Al-Jazeera menjadi rujukan oleh sebahagian besar orang Islam di serata dunia tetapi apabila berita palsu tentang Malaysia disiarkan, kredibiliti berita dari media  Al-Jazeera mula dipertikaikan.

“Apa guna kita ada organisasi berita yang besar dan masyhur tetapi berita yang dipaparkan adalah palsu dan bohong.

“Wartawan Al-Jazeera pula mengambil berita di Malaysia dari tong sampah tempat pembuangan sisa-sisa yang buruk,” katanya yang juga Yang diPertua Isma Pasir Puteh.

Katanya lagi, mereka yang membekalkan berita palsu kepada Al-Jazeera juga merupakan manusia yang rosak akhlak dan maruah.

Rakyat Malaysia yang cintakan negara sepatutnya mengutuk dan menyelar tindakan tidak bermaruah ini kepada Al-Jazeera.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat