PASIR PUTEH, 10 Nov – Naib Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Ong Seng Khek , 71 antara empat pengarah syarikat memproses minyak sawit terpakai didakwa atas tuduhan melepaskan bahan buangan ke dalam Sungai Kundang, Rawang tanpa lesen.
Pemimpin yang banyak mengetuai isu-isu kaum cina ini juga dituduh menggajikan imigran haram warga Mynmar tanpa kebenaran sah syarikat.
Menurut Ketua Perhubungan Isma Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir, sewajarnya seorang pemimpin berkorban untuk kepentingan rakyat.
Tetapi terjadi sebaliknya apabila, dia melakukan aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang negara menyebabkan sumber air bersih tercemar dan mengakibatkan ramai orang terjejas.
“Pencemaran sungai amat memudaratkan rakyat dan langgar undang-undang. Begitu juga menyembunyikan imigran haram adalah salah disisi undang undang,” katanya.
Ujarnya, layakkah mereka digelar pemimpin atau diangkat sebagai pemimpin walaupun telah melanggar undang undang negara.
“Adakah pemimpin macam ini yang diharapkan oleh bangsa cina di Malaysia?,” katanya lagi.