Tragedi Yang Meruntun Jiwa

Oleh : Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk mengunjungi 15 buah keluarga yang ditimpa musibah banjir di Mambau, Seremban.

Sebelum ini, sahabat-sahabat saya yang lain sempat memberi bantuan kepada lebih 120 keluarga yang terdahulu.

Biar pun bencana besar ini berlaku 8 hari yang lalu, namun ia seolah-olah sebuah mimpi ngeri yang masih belum dapat dilupakan oleh ribuan mangsa.

Puan N yang ditemui masih trauma dengan insiden banjir ini yang telah memusnahkan hampir 90 % daripada peralatan dan keperluan rumah mereka.

Apa tidaknya, banjir mengejut berlaku setelah hujan turun tanpa henti sehingga hampir menenggelamkan keseluruhan rumah mereka.

Bekerja dengan pendapatan yang tak seberapa sebagai pembantu kantin di musim Covid dan terpaksa menyara suaminya yang mengalami angin ahmar sejak tahun amat menguji beliau. Dan kedatangan banjir mengejut setinggi 2 meter itu menyebabkan beliau sekeluarga sedih dan terpinga-pinga.

Tatkala beliau menangis teresak-esak ketika menerima sumbangan, En. M, suaminya yang separuh lumpuh meraung di dalam rumah kerana terharu dan gembira yang amat sangat dengan kehadiran bantuan yang diterimanya.

Saya rasa bahawa sumbangan yang kami bawa ini sangat kecil berbanding ujian yang ditimpa ke atas mereka. Namun reaksi penerimaan mereka dengan sumbangan ini, sangat mengusik dan membekas di hati kami yang menyaksikannya.

Bersama sahabat-sahabat saya dari Ikatan Muslimin Malaysia Seremban dan para penyumbang yang budiman, kami doakan agar keluarga mangsa yang diuji ini terus tabah dalam membina kehidupan yang baharu pasca banjir dan di fasa wabak ini.

Allah akbar, betapa kerdilnya kita.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat