Syurga, layakkah kita menjadi penghuninya?

Syurga,
Ramai yang menginginkannya tetapi ramai juga yang tidak berusaha mendapatkannya.

Syurga,
Ramai yang tahu apa yang diceritakan al-Quran tentangnya, tetapi ramai juga yang taajub sekejap sahaja.

Syurga,
Setiap kali diungkap pasti terbayang nikmat yang tak terhingga, tetapi ramai yang masih menginginkan dunia lebih dari segalanya.

Ringkasnya semua orang tahu, syurga di bawah telapak kaki ibu, tetapi berapa ramai yang tidak taat kepada ibu mereka?

Dan semua isteri tahu, syurga di bawah telapak kaki suami, tetapi berapa ramai wanita ke neraka kerana tidak taat kepada suami mereka?

Lalu, adakah syurga hanya fantasi di mata dan hati kita?

Mungkin belum cukup mantap cinta kita pada negeri akhirat, sehingga kita menyangka syurga masih jauh untuk kita gapai.

Sedangkan kematian seringkali mengintai kita. Malaikat maut 70 kali sehari menyapa nyawa untuk ditarik kembali.

Dalam tidak sedar, hidup kita hanya beberapa ketika sahaja lagi.

Renung-renungkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat