Manfaatkan Kepakaran Anak Tempatan

Kepakaran anak tempatan adalah suatu aset bernilai bagi sebuah negara. Selain mampu membangunkan negara dengan acuan dan identiti negara itu sendiri, memanfaatkan kepakaran anak tempatan pasti mampu menaik taraf kehidupan sesebuah masyarakat itu sendiri.

Berita mengetengahkan sebuah syarikat pembinaan dan pembaikan kapal yang diusahakan anak tempatan di Langkawi, Northen Shipyard Sdn Bhd, yang telah berjaya membina empat (4) bot peronda pesisir pantai berkelajuan tinggi milik Tentera Laut Nigeria adalah suatu kebanggan negara. Pembinaan yang dianggarkan bernilai RM32 juta ini membuktikan kemampuan negara kita, khususnya anak tempatan membangun sistem pertahanan negara yang jauh lebih baik dan bertaraf tinggi.

 

Empat bot peronda milik Tentera laut Nigeria yang dibina Northen Shipyard Sdn Bhd di Langkawi (sumber: utusan.com.my)

 

Belanjawan 2021 negara yang diumum pada November lalu juga memberi berita baik bagi Kementerian Pertahanan Malasyia (MINDEF). Dengan peruntukkan RM15.6 billion keseluruhan termasuk RM2.3 billion bagi penyelenggaraan asset-aset utama Angkatan Tentera Malaysia, sedikit sebanyak mampu meningkatkan kesiapsiagaan sistem pertahanan negara.

Kini sudah tiba masanya, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ini, mengutamakan kepakaran anak tempatan dalam meguruskan asset pertahanan negara perlu diberi perhatian dan fokus yang sewajarnya. Peluang yang selayaknya perlu diberikan kepada syarikat anak tempatan bagi membuktikan kepakaran mereka yang telah pun diiktiraf dunia. Dalam masa yang sama, kerajaan seharusnya merangka pelan jangka panjang untuk melahirkan lebih ramai pakar dan syarikat tempatan dalam mengurus tadbir penyelenggaraan dan pembelian asset pertahanan negara.

Berhenti mempolitik dan merendahkan isu keselamatan negara, tetapi bersama membangunkan pertahanan Malaysia berdasarkan kepakaran tempatan yang sedia ada.

 

M Firdaus Muhammad

JKC ISMA Kemaman

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat