1. Tindakan pantas pihak berkuasa menyiasat satu video yang tular memaparkan pengakuan seorang lelaki bukan Muslim mengaku memurtadkan seorang wanita Islam, harus dipuji dan dijadikan contoh.
2. Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, memperuntukan bahawa: “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain bole diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”
3. Manakala, Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menegaskan bahawa penyebaran agama selain daripada agama Islam kepada orang Islam adalah dilarang sama sekali terutamanya dari segi penyebaran dakyah.
4. Perkara ini termasuklah mengekang sebarang cubaan untuk memujuk, membawa atau mengajak orang Islam keluar dari agamanya sama ada melalui dakyah, perkahwinan atau apa jua cara sekalipun.
5. Islam diiktiraf oleh Perlembagaan sebagai agama tertinggi negara bukan sahaja berfaktor dari fakta sejarah, yang mana Islam menjadi agama yang dominan di Semenanjung Tanah Melayu sejak kurun ke 12 lagi, tetapi juga sebagai mengiktiraf tonggak dan kekuasaan Raja-Raja yang semuanya adalah beragama Islam sewaktu negara ini dibentuk.
6. “Hai orang-orang kafir! (1)
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2)
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. (3)
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, (4)
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah (5)
Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. (6)
Surah: Al-Kafirun (1-6)
7. Justeru itu, Isu Murtad dan penyebaran dakyah agama lain selain Islam kepada orang Islam di negara ini perlu dipandang serius dan usaha untuk mengekangnya perlu dimainkan oleh semua pihak.
8. Aspek pendidikan dan pengukuhan aqidah juga perlu dititikberatkan kepada segenap lapisan umur sebagai membentuk jati diri muslim yang sejati agar tidak mudah terpesong daripada ajaran Islam.
9. Kepada pihak berkuasa, laksanakan tindakan undang-undang sewajarnya supaya situasi dan perkara ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.
MUZHAFFAR BIN MOHD ZAKI
YDP ISMA JOHOR BAHRU