KAJANG, 19 April – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Genap tahun ketiga pelancaran Kempen Semarak Ramadhan, Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) ISMA Kajang meraikan pesakit kanak-kanak di Hospital Kajang menerusi kempen Sumbangan Frontliners dan Pesakit. Kempen ini juga mengalakkan anak-anak untuk melakukan aktiviti bermanfaat serta membaca Al-Quran di bulan Ramadhan dengan sumbangan Kit Ramadan Anak-Anak Hebat, alat tulis berserta Al-Quran.
Sumbangan ini telah disampaikan oleh Puan Atiqah Ahmad Zain, Ketua BKM bersama dengan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Maghfirah, Encik Azlin yang juga selaku penaja naskah al-Quran dan buku Mathurat. Program ini juga dihadiri oleh Ketua Wanita ISMA Kajang, Puan Siti Aminah bersama para ahli jawatankuasa BKM.
Sumbangan telah diserahkan kepada Matron Salwa binti Mohd Salleh, disaksikan Ketua Jururawat Wad 7B, Sister Mariana binti Zamri, Pegawai Perhubungan Awam, Puan Zamzarina binti Mohd shariff dan kakitangan wad.
Semoga sumbangan ini memberikan sedikit kegembiraan buat anak-anak yang sedang diuji di bulan ramadan yang mulia ini.
Kami juga mendoakan semoga anak-anak yang sedang dirawat di Hospotal Kajang untuk kembali sihat seperti sediakala. Aamiin.
Ayuh rebut ganjaran bersedekah di bulan Ramadan untuk sama-sama kita ukirkan sedikit kebahagian buat para frontliners dan pesakit di Hospital Kajang:
Terus menyumbang untuk
siri seterusnya:
https://toyyibpay.com/Frontliner-dan-pesakit
Atau terus ke akaun
Maybank
Ikatan Muslimin Malaysia Kajang
562414517442
Semoga Allah swt menganjari kita semua balasan yang baik