Kerajaan Harus Buat Semula Penilaian Risiko Mengikut Negeri dan Daerah

KUBANG PASU, 24 Jun – Angka harian Covid-19 masih menunjukkan kes turun dan naik tetapi masih diangka empat serta Selangor menyumbang kepada kes yang paling tinggi iaitu melebihi seribu kes sehari berbanding negeri-negeri lain.

Bermula 6 Jun lepas kerajaan mengambil keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) apabila kes keseluruhan Covid-19 mencapai 4 ribu kes sehari dan dijangka tamat Fasa 1 pada 28 Jun ini jika memenuhui syarat.

Menurut Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kubang Pasu, Dr. Hisham Sharif, kerajaan digesa untuk membuat semula penilaian risiko berdasarkan negeri dan daerah, bukannya bersifat pukul rata.

“Contohnya, kenapa mesti rakyat Perlis turut dikenakan PKP sedangkan kes yang tinggi adalah di Selangor? Dan Kenapa mesti satu Kedah perlu dikurung sedangkan kes tinggi hanya di Kuala Muda.
“Berapa juga kes dari pusat tahanan dan tapak binaan yang tak tersebar ke luar yang sepatutnya tak masuk dalam equation, berapa nilai RT (kadar kebolehjangkitan) yang boleh diterima untuk negeri sebelum boleh tukar status pkp?,” soalnya lagi.

Dr. Hisham juga mencadangkan agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan sektor ekonomi kategori perniagaan kecil dan sederhana (PKS) dibuka secara berperingkat dengan kawalan SOP yang ketat.

“Kedai buku dan alatulis, kedai pokok bunga, kedai baiki telefon, kedai baju, kedai komputer dan kedai sukan, biasanya tidak ramai orang menderu masuk, dan boleh kawal jumlah pelanggan pada satu – satu masa.
“Kalau kilang – kilang dan pasaraya boleh dibenarkan beroperasi, kedai – kedai kecil ini juga patut juga dibenarkan,” katanya.

Manakala masjid dan sekolah tidak boleh dibuka lagi, memandangkan trauma kematian ahli jemaah yang cukup ramai masih belum reda lagi.

Sebelum ini MKN telah memutuskan, purata kes COVID-19 di Malaysia perlu berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut bagi membolehkan negara beralih ke fasa kedua mengikut Pelan Pemulihan Negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat