Gerak 100 Permulaan Perjuangan Malaysia Unggul 2040

Oleh: Nurul Hajjar Binti Atan

JOHOR BAHRU, 18 Jan- “Tumpuan utama Isma Johor Bahru untuk tahun 2022 ini adalah untuk menyantuni dan menyentuh masyarakat secara menyeluruh”, Yang Dipertua Isma Johor Bahru, Muzhaffar Mohd Zaki.

Ikatan Muslimin Malaysia Cawangan Johor Bahru julung kalinya menganjurkan program Gerak 100 pada tahun ini.

Program Gerak 100 diadakan bertujuan untuk menyampaikan agenda dan idea menjayakan slogan Malaysia Unggul 2040 kepada 100 orang ahli Isma Johor Bahru.

“Isma Johor Bahru menggariskan tujuh fokus utama pada tahun ini antaranya Isma Johor Bahru bakal mewujudkan Pusat Komuniti bagi mendekati dan menyantuni masyarakat dengan lebih dekat melalui program yang diadakan oleh Isma.”

Berkata Saudara Muzhaffar Mohd Zaki pada program Gerak 100 yang diadakah di Seminar Hall, Setia Tropika, Johor Bahru.

Program Gerak 100 ini telah mengumpulkan 100 orang penggerak Isma Johor Bahru dari pelbagai bidang dan latar belakang pendidikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat