Oleh: Nurul Hajjar Binti Atan
JOHOR BAHRU, 18 Jan- Malaysia Unggul 2040 merupakan agenda penting ISMA secara berpusat bagi mencapai Orde Baru Islam 2121. Gerak 100 menggambarkan perjuangan 100 tahun yang bakal diwarisi oleh setiap ahli Isma.
“Isma adalah NGO yang tersusun. Setiap agenda telah diteliti dan digariskan untuk diwarisi oleh para penggerak dakwah yang ditarbiah.”
Berkata Tuan Haji Tahir bin Hamdan dalam ucapan perasmian Gerak 100 di Setia Tropika, Johor Bahru.
Ketua Perhubungan Isma Negeri Johor juga berkata, “Jika hidup kita tiada agenda, kita tidak nampak halatuju. Semasa perang Khandak, apabila Nabi SAW menyebut bahawa Kota Konstantinopel akan menjadi milik umat Islam. Setiap Khalifah berjuang dengan agenda tersebut untuk mencapai apa yang diimpikan oleh Nabi SAW. Akhirnya, benarlah kata-kata Nabi SAW, Sultan Muhammad Al-Fateh adalah raja yang terbaik dan mempunyai tentera yang baik.”
Gerak 100 diadakan dengan matlamat sebagai medium penyatuan dalam kalangan ahli Isma Johor Bahru setelah lama tidak bertemu akibat fasa pandemik Covid-19.