“NAH KAU. PERGI MAMPUS LA! MACAM SIAL!”
Ya, Kerajaan perlu lindungi pekerja Muslim.
Saya pernah lihat seorang branch manager muslimah kedai serbaneka mengejar seorang yang didakwa mencuri tin arak.
Ketika yang dikejar nak lari naik motor, branch manager ini menjerit dari pintu kedai meminta arak itu dipulangkan. Berlaku perang mulut seminit dua.
Akhirnya, orang yang didakwa mencuri itu mencampak tin arak ke depan kedai, “Nah kau. Pergi mampus la! Macam sial!”, kemudian beredar naik motor.
Ketika dicampak, tin itu pecah dan memancutkan arak merata-rata ke lantai kedai.
Apa yang berlaku seterusnya?
Branch manager muslimah itu mengutip tin arak bocor itu, dan memasukkannya ke dalam plastik. Dia basuh tangannya yang terkena arak di paip tepi longkang. Tin arak itu dibawa masuk ke dalam kedai. Staf kedai pula membersihkan tumpahan arak tadi.
Kasihan. Mengapa pekerja muslimah perlu uruskan arak di kedai serbaneka? Di manakah penguatkuasaan undang-undang “Seorang Muslim tidak boleh mengendalikan arak”? Sampai bila Muslim terus dipaksa mengendali arak, sedangkan mereka tak redha?
Solusinya hanya satu. Kita perlu melenyapkan jualan arak di kedai serbaneka. Kedai serbaneka adalah tempat tumpuan ramai, termasuk kanak-kanak. Pekerjanya terdiri dari orang Islam.
Dua minggu lepas, saya jalankan satu eksperimen di Kajang 2. Dengan memakai baju ISMA, saya masuk ke kedai serbaneka, ambil satu tin arak bersama barang-barang lain dan cuba buat bayaran di kaunter.
Juruwang muslimah itu scan barcode satu demi satu, sampai ke tin arak itu. Hampir saja dia scan. Sebelum dia scan, sempat saya bertanya, “Awak boleh jual ke arak ni kepada saya? Saya orang Islam”.Juruwang muslimah itu menjawab, “Alamak… tu lah. Kami scan je. Kami tak tanya dah”.
Saya jelaskan kepadanya, “Pihak kedai tak boleh jual arak kepada orang Islam. Pihak kedai kena lihat dulu siapa pembelinya. Dan awak sebagai Muslimah tak boleh terlibat dalam jualan arak ya. Ini jenayah syariah”.
Saya percaya, peristiwa ini juga berlaku di tempat Tuan-Tuan.
Saya konsisten, solusinya hanya satu, lenyapkan arak di kedai serbaneka.
Arak musuh kita semua. Arak merosakkan keluarga kita, komuniti kita dan negara kita.
Bilal Jailani
Yang Dipertua ISMA Bangi
=====
Nyatakan sokongan anda untuk Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak ini. Kita mulakan petisyen ini dahulu sebelum kami pergi kepada tindakan seterusnya.
Tandatangan petisyen di sini : https://chng.it/gN9fz4rP
Caption gambar: Hj Azmi, pemilik Warung Haji Azmi di Hentian Kajang menurunkan tanda tangan menyokong kempen MSTA.