Apa yang berlaku boleh difahami sebagai usaha tersurat dan tersirat untuk membentuk etos negara yang bertentangan dengan sejarah dan kebudayaan negara ini yang berteraskan kepada Melayu dan Islam.
Meskipun pihak terbabit boleh memberi seribu satu alasan atas video promosi George Town Festival yang menghilangkan identiti Melayu daripada kandungannya, kita sebagai masyarakat amat faham bahawa kesilapan ini bukanlah kerana “tersilap”.
Sekali lagi, perkara sensitif seperti ini diselindungi dengan permohonan maaf……. untuk ke sekian kalinya.
Atas realiti ini, kita menegaskan pentingnya untuk mengangkat kedaulatan identiti kebangsaan yang berteraskan kepada Melayu dan Islam. Ini merangkumi aspek bahasa Melayu, sistem persekolahan kebangsaan, kedudukan tertinggi agama Islam dalam kehidupan rakyat di negara ini. Ini tidak boleh ditolak ansur untuk apa-apa kepentingan politik dan keuntungan.
Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA