Komik Promosi Fahaman Komunis Terang-Terang Langgar Larangan 3R.

Rakyat memahami Kementerian Dalam Negeri menarik semula larangan terhadap komik ini atas arahan mahkamah. Cuma saya menimbulkan rasa khuatir terhadap penyebaran komik ini yang boleh mengganggu sensitiviti umat Islam dan orang Melayu. Jelas komik ini mengagungkan Chin Peng yang menjadi dalang semasa zaman darurat yang menyebabkan kematian ribuan orang.

Dalam komik ini juga terdapat adegan yang memaparkan umat Islam di Uighyur, China sebagai pengganas. Meskipun KDN adalah melaksanakan arahan mahkamah, pada pandangan saya masih ada tindakan yang boleh diambil dalam ruang lingkup kuasa KDN agar komik ini tidak dibenarkan tersebar dalam masyarakat bagi menjamin keharmonian negara.

Dalam semangat bulan kemerdekaan ini, hal ini benar-benar melukakan ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan terbunuh dalam usaha mempertahankan negara dan membersihkan tanah air daripada anasir komunis ini.

Pihak KDN mesti segera mengembalikan semula larangan terhadap komik ini dan apa sahaja bentuk penerbitan yang cuba mempromosikan ideologi komunis dan pemikiran asing yang boleh menganggu gugat keharmonian dan mengancam keselamatan negara.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat