Generasi al-Quran Yang Unik.

Ummah yang berpegang teguh dengan Al-Quran adalah benteng paling ampuh daripada segala bentuk penyelewengan dalam pemikiran. Pemikiran umat Islam mesti didasarkan kepada sumbernya yang suci iaitu wahyu Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Ilmu yang jelas dalam memahami Al-Quran dan Hadis akan memandu umat Islam dalam melaksanakan perintah Allah SWT dengan sebaiknya. Al-Quran mesti “hidup” dalam kehidupan harian kita.

Jauhnya umat Islam daripada Al-Quran akan menyebabkan mudahnya untuk terpengaruh dengan fahaman dan ajaran sesat dan juga pemikiran yang menyeleweng seperti liberlisme, fahaman Syiah dan ajaran-ajaran sesat yang lain. Budaya hedonisme dan hiburan yang melampau juga melalaikan ramai umat Islam dan melemahkan hubungannya dengan kitab suci ini.

Umat Islam akan hilang kekuatannya sebagai “Khair Ummah” jika malapetaka ini tidak dibendung. Kuatnya ummah ini adalah dengan teguhnya pegangan kepada ajaran Al-Quran dan panduan sabda Rasulullah SAW. Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis: Aku tinggalkan 2 perkara jika kamu berpegang kepadanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya; Al-Quran dan sunnahku.

Al-Quran mesti difahamkan kepada masyarakat dengan pelbagai pendekatan. Tidak cukup secara formal seperti kuliah, kelas dan ceramah. Ianya mesti dipelajari secara tidak langsung atau secara tidak formal melalui media sosial, video, aktiviti sembang santai dan lain-lain. Usaha ini mesti dihidupkan secara bersungguh dan serius agar pegangan umat Islam terutamanya generasi muda dan kanak-kanak kepada Al-Quran itu kukuh. Inilah antara rahsia kekuatan masyarakat Islam di Gaza. Mereka telah menjadi Al-Quran yang bergerak kerana ciri-ciri muslim yang terkandung dalamnya telah mereka cerminkan dalam perjuangan mempertahankan bumi Palestin.

Inilah benteng paling ampuh dan berkesan bagi membendung apa sahaja bentuk ajaran sesat yang menyeleweng daripada akidah Islam baik dengan apa nama sekalipun syiah, aliran liberal dan pluralisme dan juga ajaran sesat yang lain yang merupakan barah yang boleh mengancam kesejahteraan masyarakat dan menggugat keamanan dalam struktur negara ini.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy Selamat
Presiden ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat