“ABIL….KAU PERGI JUA”

BANGI, 3 Mac- Syurahbil Zulhelmi, lima tahun anak aktivis Isma Kajang yang terlibat dalam kemalangan khamis lepas di Benta Pahang menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.15 pagi tadi di Hospital Kuala Lipis.

Syurahbil atau lebih mesra dengan panggilan Abil, bertarung nyawa selama beberapa hari dan 80 % bergantung kepada mesin bantuan hayat.

Menurut sumber jenazah akan disempurnakan di Hospital Kuala Lipis dan dibawa ke Surau Jenaris Kajang untuk solat jenazah dan dijangka dikebumikan selepas zohor.  

Bapanya, Zulhemi M. Nasir dalam facebooknya sempat menitipkan doa buat anaknya.

“”Ya Allah, jadikanlah dia sebagai simpanan yang menguntungkan untuk ibu bapanya juga pelaburan pendahuluan, simpanan untuk masa depan, sekaligus menjadi pengajaran, pedoman serta pertolongan kepada ibu bapanya. Dan beratkanlah dengannya timbangan untuk kedua-duanya. Limpahkan kesabaran ke dalam hati kedua-duanya (kerana kematian ini) dan janganlah timbulkan keresahan di hati kedua-duanya sesudahnya dan janganlah Engkau mencegah keduanya daripada mendapat pahalanya.”

Pada 5 pagi Khamis lepas, mereka sekeluarga dalam perjalanan ke Kelantan untuk menziarahi bapa sebelum terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah pada Syurahbil dan Khadeeja lima bulan.

Manakala Zulhelmi, isteri, Noorazilawati Mohd Zulkipeli dan anak sulung mereka Arissa, 7 tahun hanya mengalalami cedera ringan.

Khadeeja kini stabil setelah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

 

انا لله وانا اليه راجعون
“Kita milik Allah. KepadaNya kita kembali” (Quran).

لله ما اخذ ، وله ما اعطى ، وكل شىء عنده باجل مسمى ، فاصبر ولتحتسب
“Milik Allah apa yg Dia ambil. MilikNya apa yg Dia beri. Di sisiNya tiap sesuatu ada ajal (tempoh) yg ditentukan. Bersabarlah dan harapkan ganjaran Allah (dari kesabaran itu)” (Hadis).

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ

وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat