ADA ORANG MAHUKAN KERAJAAN PH UNTUK PERTAHAN KUASA, BUKAN MANDAT RAKYAT

BANGI, 26 Feb – Dalam menghadapi kemelut politik Malaysia kini, ramai yang memberikan cadangan seperti bubarkan parlimen, tidak kurang juga yang mahukan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikembalikan supaya dapat meneruskan mandat rakyat.

Tetapi Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Hj. Aminuddin yahaya menyanggah perkara ini kerana merasakan kerajaan pimpinan PH tidak lagi layak memerintah kerana gagal menepati banyak janji.

“Ada pihak yang mengatakan kita harus pertahankan mandat rakyat dan kembalikan kerajaan PH.

“Saya nak tanya, kalau banyak janji tak ditepati, kalau Islam di hina, kalau hak orang Melayu dirampas, pengganas diberi kebebasan, komunis dianggap pejuang, adakah itu yang nak dipertahankan? Saya rasa itu semua bukan mandat rakyat,” katanya.

Ujarnya, mereka bukan mahu pertahankan mandat rakyat tetapi hanya mahu pertahankan kuasa sahaja.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat