Ahli Isma menang pertandingan cipta logo dan slogan Kempen Pembudayaan Norma Baharu

BANGI, 10 Ogos – Ahli Isma, Mohd Nor Fakihin Aqsa Mohd Nor Azam menang tempat pertama dalam Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Pembudayaan Norma Baharu, anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bermula 1 hingga 10 Julai lalu.

Logo dan slogan ‘Bersama Hentikan Wabak COVID-19’ ciptaan Fakihin dipilih untuk digunakan dalam Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang dirasmikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin.

Ujarnya kemenangan ini menjadi satu jasa dalam industri kreatif kepada negara disaat semua pihak bersungguh-sungguh mahu memerangi virus Covid-19.

Pada masa yang sama, berbangga kerana logo hasil rekaannya itu bakal membantu Malaysia, memberi imej yang baik kepada dunia.

Bercerita lanjut tentang inspirasi logo ini, dia hanya mengambil masa seminggu untuk mencari idea dan sehari untuk menyiapkan rekaan logo ini.

“Idea logo ini adalah dari elemen virus corona itu sendiri dan berlaku pula di Malaysia, jadi bagaimana saya nak letak elemen Malaysia.

“Dan tema utama logo saya adalah bersatu hati, membendung penularan virus Covid-19 tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya yang menghantar 18 buah logo dan tangline yang berbeza.

Tambahnya lagi, kemenangan ini menjadi sebuah rezeki buatnya apabila dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, dia turut diuji dengan masalah kewangan dan terpaksa berhenti daripada meneruskan pengajian Ijazah Kedoktoran di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat