Oleh : Kaslawati Binti Kassim
SEREMBAN – 26 Mei, serahan barang-barang bantuan kepada masyarakat di sekitar Sikamat dan Ampangan di sini diteruskan pada penghujung Ramadan yang lalu.
Para aktivis Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban yang terdiri daripada Biro Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia Isma Seremban telah turun dari rumah ke rumah bagi menyampaikan sumbangan ini.
Sebanyak 32 keluarga di Flat Uda Ampangan telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh AJK Biro Pemuda Isma Seremban ini.
“Moga usaha ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang dan diharapkan lebih ramai masyarakat yang memerlukan dapat dibantu,” ujar Encik Mabrur Bin Ahmad, AJK Biro Pemuda Isma Seremban.