Anak yatim tajaan ISMA cemerlang SPM 2022

RAWANG: Seorang pelajar penerima Bantuan Tabung Anak Yatim Covid-19 tajaan ISMA mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Nur Athirah Nabilah binti Maharin, 18, yang merupakan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Berang berkongsi perasaan sangat teruja serta bersyukur kerana mendapat keputusan yang cemerlang itu.

Athirah, anak ketiga dari 5 orang adik beradik, telah mendapat bantuan duit persekolahan bulanan sejak dari bulan Mac tahun lalu.

Ibunya, Norlela bint Ba’in, ketika berkongsi berita kecemerlangan Athirah kepada ISMA sempat mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang telah disampaikan selama ini.

“Terima kasih kepada ISMA kerana selama ini banyak membantu..” luahnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat